LOKASI

LOKASI
Kawasan ini terletak di Jalan Kepong - Kuala Selangor yang bemula dari batu 18 hingga Batu 20 atau KM 20 – hingga KM 24.
Dari Shah Alam yang di hubungkan oleh dua jalan iaitu Highway Guthrie Coridor Expresway ( Highway GCE) dan Jalan Batu Tiga. Jika melalui GCE pengunjung akan keluar dari persimpang Paya Jaras . Jika melalui Jalan Batu Tiga pengunjung boleh melalui Bandar Baru sg. Boleh atau melalui jln kampung Paya Jaras ke Kg. Kubu Gajah

Dari Kuala Lumpur pengunjung boleh melalui Lebuhraya Projek Lebuhraya Utara Selatan keluar di Tol Sg. Buloh atau Jalan Kepong Kuala Selangor. Jika dari utara kawasan ini di hubungkan dengan Pekan Rawang  melalui Lebuhraya PLUS ke Highway GCE dan keluar melalui persimpangan PAYA JARAS. Pengunjung dari Kuala Selangor boleh melaui Jalan Kepong - Kuala Selangor atau LATA yang akan bertemu dengan Lebuhraya GCE

Dari kedudukan dengan Kampung-kampung lain pula kawasan ini berjiran dengan  Kampung SgPlong di Barat dan di Timur pula bersempadan dengan kampong Sentosa yang berada di dalam Daerah Kuala Selangor Bahagian selatan pula kawasan ini bersempadan dengan Kg. Kubu Gajah manakala di bahagian Utara bersempadan dengan Kg. Cempedak / Ldg baru di Daerah Gombak.





View Larger Map

Tiada ulasan:

Catat Ulasan